JALINAN STRATEGIK ANTARA PBSD RAUB BERSAMA AADK DAERAH 

 

RAUB, - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah (PBSD) Raub telah mengadakan kunjung hormat dan perbincangan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Raub pada 3 Julai yang lalu.

Perbincangan tersebut yang diwakili Encik Sophian Tukiman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub manakala Encik Suhaimi Sarbini, Penolong Pegawai AADK Daerah Raub adalah bagi menyelaras dan membincangkan hal-hal berkaitan Kem Belia peringkat daerah yang akan diadakan dalam masa terdekat. Ia juga bertujuan mengukuhkan hubungan strategik dalam program-program yang melibatkan belia di daerah Raub . 

Diharapkan kunjung hormat ini akan menguatkan lagi hubungan bagi memperkasa program belia di daerah Raub. 

Disediakan Oleh:-
PBSD Raub

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search