PEKAN, 28 Jun – Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Daerah Pekan bagi acara akhir iaitu ping pong berpasukan telah diadakan dengan jayanya pada 22 Jun 2024 yang lalu.
Kejohanan ini telah menampilkan dan menyerlahkan bakat muda dan veteran dalam sukan ping pong sebanyak 8 pasukan dari sekitar daerah Pekan. Tempat pelaksanaan kali ini telah diadakan di Pekan Table Tennis Centre, Ketapang. Encik Faizal Bakar, Pembantu Belia dan Sukan selaku penyelaras program mendapat kerjasama yang baik daripada Encik Mohd Zaidi Awang Kechik dalam menguruskan bersama kejohanan ini. Kemenangan kejohanan ini telah dikuasai oleh pasukan Sman Spinner dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 500.00 berserta medal. Naib Johan Power 8 Spin dan Ketiga pula oleh Pekan FC. Masing-masing sangat berpuashati dengan kemenangan yang disandang dalam kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan barisan urusetia, petugas dan pengadil perlawanan yang telah memastikan kejayaan program dan menyemarakkan program LSK 2024 Sukan di daerah Pekan.
Terus semarakkan semangat bersukan dalam menghasratkan pembudayaan sukan dalam Malaysia.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#pahang1st
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar
Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 117
