PBSD MARAN HADIR BENGKEL TOT KEM BELIA 2025

PBSD MARAN HADIR BENGKEL TOT KEM BELIA 2025

 

MARAN, 24 Mac – Satu Bengkel ‘Training of Trainers (ToT) Kem Belia 2025 telah diadakan pada 19 hingga 21 Mac yang lalu bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Cawangan Batu Gajah, Perak. 

Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara ini melibatkan 111 orang penyertaan daripada pegawai belia dan sukan di peringkat Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri  serta semua pegawai belia dan sukan daerah (PBSD) di seluruh Malaysia. Bengkel ini bertujuan untuk menyelaras dan membantu para pegawai PBSD dan JBS Negeri memahami kandungan modul pelaksanaan dalam menjayakan Kem Belia tahun 2025 peringkat daerah. 

Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran telah hadir ke bengkel tersebut yang dirasmikan oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Tahniah JBSN atas penganjuran program yang baik ini. 

Disediakan oleh:
PBSD Maran
#pbsdmaran 
#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#TeamJBSPahang
#RakanMuda 
#YakinBoleh

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search