Pulau Perhentian, 18 Oktober - 35 orang ahli Sekretariat Rakan Muda diiringi 3 orang Pegawai Pusat Sukan UMPSA telah berjaya dilaksanakan.
Program ini diadakan sebagai satu platform untuk mempromosikan 10 Gaya Hidup Rakan Muda kepada ahli SRM sendiri serta membentuk organisasi yang berkualiti dengan pengisian yang telah dirancang dengan teliti dengan mengoptimumkan peruntukan dana khas dr KBS untuk SRM bergerak aktif.
Selain itu, program ini juga adalah berasaskan minat dan aktiviti belia bagi mengoptimumkan bakat dan potensi mereka.
Pelaksanaan program ini akan melibatkan 4 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Aktif, Rakan Ekspresi, Rakan Bumi dan Rakan Prihatin. Antara aktiviti yang dilaksanakan spanjang program ini berlangsung ialah Plogging di _Winmill Hills, _CSR_ di Masjid Ar-Rahman dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Perhentian.
Aktiviti berteraskan _Sustainability Development Goals (SDG) Goals 14 - Life Below Water_ turut dilaksanakan dengan peserta berpeluang untuk menghayati dan menghargai kehidupan di dasar laut. Program seumpama ini diharap dapat membentuk teras jati diri peserta dalam meningkatkan potensi diri seterusnya menjadi platform kepada anak muda untuk menabur bakti.
Taklimat ringkas berkenaan pengoperasian SRM dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Puan Azroyana Ullmahayu Mohd Rozin.
- JBS Pahang
- Hits: 263
