LIPIS - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis bersama rakan strategik Majlis Belia Daerah (MBD) Lipis serta Kelab Pingpong Daerah Lipis telah mengadakan Kejohanan Ping Pong Liga Sukan Komuniti 2024 Peringkat Daerah Lipis pada 22 Jun 2024 yang lalu.
Kejohanan yang diadakan di Dewan Pingpong Bukit Kerani Kuala Lipis itu mempertandingkan dua kategori iaitu perseorangan wanita dan berpasukan lelaki. Kejohanan yang bermula pada jam 8.00 pagi itu bermula dengan pertandingan pingpong kategori wanita perseorangan. Kesemua peserta yang berentap memberikan aksi serta saingan sengit kepada pihak lawan. Johan bagi acara perseorangan wanita telah dimenangi oleh Rosyatimah Mat Yunus, Naib Johan dirangkul oleh Iwana Amanda Fakhrulhuzaimi manakala tempat ketiga bersama telah dimenangi oleh Siti Fazliana Afrina Rostam dan Tam San Leng. Manakala Johan bagi kategori berpasukan lelaki dimenangi oleh pasukan KTMB A, Naib Johan dimenangi oleh pasukan JKR B manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan KTMB B dan RTP Sg.Ular. Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Lipis merangkap Naib Pengerusi Majlis Belia Daerah Lipis Encik Fairul Alimi Ahmad.Turut hadir Encik Harun Usman Timbalan Pengerusi serta Encik Suhaimi Mohamad Setiausaha Kelab Ping Pong Daerah Lipis.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian serta mempamerkan aksi serta semangat kesukanan yang tinggi.
#teamkbs
#pahang1st
#JBSNbersama
#teamjbspahang
#yakinboleh
Disediakan oleh:-
Norraziah Yaakub
PBSD Lipis
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 178
