- JBS Pahang
- Hits: 21
TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT BELIA PAHANG
- JBS Pahang
- Hits: 21
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berbangga dengan wakil Belia Malaysia daripada Negeri Pahang, Saudari Auni Syafini dan Saudara Pravin Ramakrishnan yang mewakili Malaysia dalam International Youth Cooperation Week on Youth Policy di Tashkent, Uzbekistan. Program ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin belia daripada Asia Tengah dan Asia Tenggara seperti Tajikistan, Russia, Kyrgyzstan dan Qatar.
Delegasi Malaysia telah membawa usul dan membincangkan berkenaan kerjasama dalam dasar belia, program pertukaran, kepimpinan, inovasi, keusahawanan dan dialog budaya bersama Agensi Hal Ehwal Belia Uzbekistan dan Parlimen Belia Uzbekistan.
Malaysia turut berkongsi inisiatif seperti Dasar Belia Negara, Model Pembangunan Belia MADANI 2030, Rakan Muda 2.0 dan Parlimen Belia Malaysia.
Langkah awal ini menjadi jambatan kukuh ke arah kerjasama dua hala, digerakkan oleh belia dan dipacu oleh visi masa depan yang inklusif dan progresif.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Pravin Ramakrishnan dan saudari Auni Syafini dan berharap agar terus memperkasakan penglibatan belia di peringkat antarabangsa.