- JBS Pahang
- Hits: 95
Semarak Hari Belia Peringkat Daerah Raub 2025 Meriah
- JBS Pahang
- Hits: 95
Raub, 13 Mei - Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Raub 2025 telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Raub pada 10 Mei 2025.
Sambutan telah bermula seawal 7.30 pagi dan telah dirasmikan oleh YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Turut hadir Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Sophian Tukiman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub serta Encik Nur Amin Nor Azahar, Pengerusi Majlis Belia Daerah Raub.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Pertandingan Taekwondo, Youth Aerobic HBN, Santai Busking serta Street Performance, Klinik serta Pertandingan Akademi Tunas Bolasepak, Street Art, Santai bersama Influencer dan gerai jualan makanan serta minuman. Program yang meriah ini telah tamat pada jam 4.30 petang.
#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#TeamJBSPahang
#RakanMuda
#YakinBoleh