Lawatan Cadangan Naik Taraf Litar Drag Di Taman Tasik Abu Bakar

PEKAN, 13 Mei 2025 – Satu lawatan tapak telah diadakan di Litar Drag Taman Tasik Abu Bakar bagi membincangkan cadangan naik taraf kemudahan litar tersebut demi memperkasa pembangunan sukan permotoran di negeri Pahang. 

Lawatan ini telah diketuai oleh YB Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, Ahli Dewan Negeri (ADN) Peramu Jaya. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Presiden Motorsport Association of Malaysia (MAM), Dato’ Mohammed Rhiza Ghazi; Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan JBSN; Timbalan Pengarah Sukan serta wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan. 

Lawatan ini bertujuan menilai keperluan dan potensi naik taraf infrastruktur litar drag yang sedia ada agar dapat digunakan dengan lebih selamat dan profesional, seterusnya menyokong aktiviti sukan bermotor yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan belia.

Cadangan naik taraf ini turut mengambil kira aspek keselamatan, pencahayaan, sistem penanda masa, dan kawasan penonton bagi memastikan penganjuran acara sukan bermotor dapat dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan induk sukan permotoran negara. 

Disediakan Oleh:-

PBSD Pekan

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#HariBeliaNegara2025
#YakinBoleh  
#BeliaMalaysia

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search