- JBS Pahang
- Hits: 81
Majlis Mengadap Panitia Festival Belia Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 81
KUALA LUMPUR, 9 Mei - Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang telah berkenan berangkat ke Majlis Mengadap Panitia Festival Belia Negeri Pahang 2025 yang bertempat di Shahzan House, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Majlis Mengadap diketuai oleh YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang dan Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Turut hadir bersama Encik Shafrul Haji Kadir, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Negeri Pahang dan Saudara Saharuddin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.
Panitia Festival telah membentangkan susun atur dan perjalanan festival ke sisi pengetahuan Tuanku.
#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#TeamJBSPahang
#RakanMuda
#YakinBoleh