Lawatan Pemantauan Ke-25 : Pengarah JBS Pahang Tinjau Isu dan Kemajuan Projek

KUANTAN, 14 Mei – Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah mengadakan lawatan pemantauan ke-25 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang bersama Pengurus KOMBES, Pegawai Pembangunan JBS dan wakil MZ Hakujaya Sdn. Bhd. 

Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan kerja serta mengenal pasti isu di lapangan. Beliau turut dibawa melawat ke padang bola, blok pentadbiran, asrama, gimnasium, dewan serbaguna dan tapak skateboard. 

Beliau menekankan pentingnya penyelesaian segera terhadap masalah yang dikenal pasti dan mahu pelan tindakan jelas dikemukakan bagi memastikan projek siap mengikut jadual dan memberi manfaat kepada belia.

Disediakan Oleh:-

Bahagian Pembangunan 

teamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#teamjbspahang
#yakinboleh

Image

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang
Jalan Tun Ismail, 25000, Kuantan
PAHANG
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 05-11-2026, 17:35:21

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search