BENTONG, 12 Mei – Sempena Ramadhan Al-Mubarak, Jawatankuasa Majlis Belia Daerah (MBD) Bentong telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf Badan Amal Nur Zaharah seramai 40 orang sambil beramah mesra pada 26 April 2022 yang lalu di Janda Baik, Bentong. Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat dipimpin oleh ustaz yang bertugas, diikuti pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf. Jelas terpapar keceriaan di wajah anak-anak yatim dan asnaf ini apabila menerima duit raya tersebut. Encik Mohammad Izzudin Hamzah, Pengerusi MBD Bentong berharap melalui program seperti ini dapatlah ianya menggembirakan anak-anak yatim dan asnaf sempena Hari Raya Aidilfitri disamping dapat membuat amal kebaikan dan kebajikan dalam bulan Ramadhan.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 235
