TEMERLOH, 20 April – Usaha menarik minat belia untuk membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan diteruskan dengan pengisian aktiviti Tadarus Al-Quran melalui Program Rakan Muda Ramadan Daerah Temerloh. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Temerloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Abu Bakar, Temerloh. Program telah bermula pada 8 April 2022 bersamaan 6 Ramadan 1443H lalu bertempat di Surau Al-Hidayah SMK Abu Bakar, Temerloh melibatkan peserta seramai 94 orang. Peserta aktiviti tadarus yang berlangsung pada setiap malam selepas solat terawih ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut pecahan juzuk untuk dihabiskan bacaannya selama 20 hari sepanjang bulan Ramadhan. Pelaksanaan program ini bukan sahaja satu platform yang dapat menarik minat belia membudayakan amalan sunnah malah melatih belia juga untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Disediakan oleh:- Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 211
