KUANTAN, 11 April – Lawatan Tapak Pembinaan Skatepark telah dijalankan di Taman Lestari, Kuantan. Hadir lawatan tapak tersebut adalah YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang dan Dato’ Hamdan Hussin, Datuk Bandar Kuantan. Turut bersama adalah wakil-wakil Jabatan yang terlibat termasuklah daripada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang dan Majlis Sukan Pahang. Kelab Skateboard Timur juga turut serta dalam mewakili penggiat-penggiat sukan ekstrem dan golongan muda melontarkan pandangan bagi memastikan pembinaan ini dapat digunakan semaksimum yang mungkin dengan menepati ciri-ciri khususnya bagi pertandingan. Tapak pembinaan yang dipilih adalah amat bersesuaian dan cantik serta mendapat perhatian golongan muda beriadah pada waktu petang.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 231
