KUANTAN, 20 April – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah bergotong-royong dalam menyediakan bubur lambuk bagi Program Rakan Muda Masyarakat Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk. Bubur lambuk merupakan satu masakan yang sangat popular dalam bulan Ramadhan. Bubur lambuk ini biasanya dibuat secara bergotong-royong di masjid-masjid atau di perkarangan kawasan komuniti yang kemudiannya diagih-agihkan kepada orang ramai. Suasana memasak bubur lambuk ini sangat meriah dan ditunggu-tunggu oleh masyarakat setempat dan peluang ini juga ditunggu-tunggu oleh warga kerja JBS Negeri Pahang. Bubur lambuk terdapat banyak versi. Bahan utamanya iaitu pucuk miding dan ianya menjadikan kewajiban untuk membuat bubur lambuk ini. Jika sayuran ini tidak dimasukkan ke dalam bubur lambuk, rasanya tidak akan sedap. Ramuan-ramuan lain adalah bawang merah, bawang putih, isi ikan, santan, lada hitam dan pelbagai mengikut kesesuaian. Proses memasak mengambil masa hampir lima jam. Terima kasih kepada semua warga kerja yang telah melapangkan masa menyertai program ini.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 237
