JERANTUT, 27 April – Encik Mohd Hafizul Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut telah hadir ke Pelantikan dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Gerakan Pengguna Daerah (GPD) Jerantut / Lipis Bagi Sesi 2022/2023. Mesyuarat tersebut diadakan pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Jerantut. Sesi suai kenal telah diadakan ketika mesyuarat berkenaan memandangkan ahli-ahli jawatankuasa merupakan lantikan baru bagi sesi 2022/2023. Penerangan ringkas berkaitan GPD Jerantut turut diberikan kepada ahli mesyuarat. GPD Daerah Jerantut telah diwujudkan sebagai satu badan bagi membincangkan isu-isu dan program berkaitan kepenggunaan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jerantut menerima baik pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa GPD Jerantut dan akan memberi kerjasama dalam setiap program yang akan dilaksanakan bagi memastikan tujuan pelantikan mencapai matlamat.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Rihan Bidin, PBSD Jerantut
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 192
