BENTONG, 27 April – Program Rakan Muda Ramadan (Tadarus Al-Quran) Peringkat Daerah Bentong Tahun 2022/1443 berlangsung selama 20 hari sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak bermula pada 4 April - 23 April 2022. Kemuncak kepada program ini adalah Majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan pada 25 April lalu di Surau GIATMARA Bentong melibatkan 24 orang peserta yang dibimbing oleh Ustaz Mohamed@Mahmud Brahim, Imam Masjid Kampung Karak Setia. Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Encik Mohamad Redzuan Yahya, tenaga pengajar yang mewakili Pengurus GIATMARA Bentong. Turut hadir Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong yang menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta dan Sijil Penghargaan kepada guru pembimbing di akhir majlis. Diharapkan agar melalui program seumpama ini dapat mendekatkan golongan belia kepada Al-Quran dengan sentiasa membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
#towardshsn2022pahang
Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 196
