TEMERLOH, 7 April – Program ‘Hiking Day’ yang bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah’ anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Temerloh telah diadakan pada 29 Mac 2022 yang lalu. Program ini diadakan bagi menggalakkan aktiviti sihat kepada penjawat awam serta orang awam di samping ianya juga merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan Bukit Woh, Lanchang sebagai kawasan tarikan pelancongan di daerah Temerloh dengan panorama alam semulajadi yang menghijau dan menarik. Encik Azmi Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh turut hadir memberikan kerjasama dalam menyertai dan menjayakan penganjuran program tersebut. Pendakian telah berakhir sekitar jam 1.00 tengah hari.
Disediakan oleh:- Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 282
