LIPIS, 5 April– Pejabat Parlimen Lipis telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah pada 26 Mac 2022 bertempat di Padang Penjom dan Dataran Orang Kaya Haji. Acara yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari kalangan belia dan masyarat setempat. YB Dato’ Sri Abdul Rahman Haji Mohamad, Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Lipis telah meluangkan masa menyampaikan hadiah serta merasmikan Majlis Penutup serta beramah mesra bersama para pemenang. Turut hadir Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan urusetia kejohanan ini.
Disediakan oleh:- Norraziah Yaakub, PBSD Lipis
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 197
