RAUB, 5 April – Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Belia Jelu bagi Penggal 2022-2024 telah dirasmikan oleh Encik Mohd Zohri Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub pada 29 Mac 2022, jam 9.00 malam bertempat di Balairaya Kampung Jelu, Raub. Tahniah kepada barisan kepimpinan Kelab Belia Jelu (KBJ) yang dipilih dan telah diketuai oleh Saudara Arief selaku Pengerusi Kelab serta barisan Ahli Jawatankuasa yang baru dipilih. Mesyuarat Agung Kelab turut dihadiri oleh Encik Mohamad Zakri Hamzah, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Raub, Encik Muhammad Syazwan Asyraf, Pengerusi Persatuan Pemuda Pemudi Raub Bandar serta Encik Razali Jaafar, Ketua Kampung Ulu Jelu. Semoga Kelab Belia Jelu terus relevan menjadi pilihan anak-anak muda serta aktif melaksanakan pelbagai aktiviti semasa.
Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali>, PBSD Raub
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 251
