LIPIS, 1 April – Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis telah menyertai acara Pahang ‘Hiking Day’ 2022 pada 20 Mac 2022 yang lalu. Acara ini adalah pemangkin untuk pelancong dari luar negeri Pahang menerokai ‘hidden gems’ di negeri ini melalui pendakian di bukit-bukit yang menjanjikan pemandangan yang menarik di seluruh negeri Pahang. Sempena Pahang ‘Hiking Day’, 13 lokasi ‘hiking’ telah dipilih daripada 79 lokasi yang terdapat di Pahang. Salah satunya adalah Bukit Peninjau di Lipis. Berketinggian 237 meter bukit ini mengambil masa 30 minit pendakian. Bukit tersebut merupakan titik tertinggi di Kampung Relong, yang merupakan satu banjaran yang menjadi sempadan antara Kampung Relong dan Kampung Gua dan juga merupakan juga sempadan Mukim antara Mukim Telang dan Mukim Gua. Bukit ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebelum merdeka pada tahun 1957, bukit ini merupakan laluan utama bagi penduduk Relong untuk keluar ke tempat lain. Turut hadir Dato’ Mustapa Haji Long, YB. Adun Padang Tengku, Dato' Mohd Hafizi Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis serta ketua-ketua jabatan di daerah Lipis.
Disediakan oleh:- Norraziah Yaakub, PBSD Lipis
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 204
