LIPIS, 5 April – Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis telah mengadakan satu perjumpaan bagi membincangkan mengenai pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan Daerah Lipis 2022 bertempat di Pejabat Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis. Turut sama Al-Fadhil Ustaz Mohd Azraie Saballah serta Ustaz Mohd Akmal Abdul Manaf dari Pejabat Agama Daerah Lipis. Program Rakan Muda Ramadhan ini merupakan program yang diadakan saban tahun oleh Cawangan Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai salah satu aktiviti bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan suci Ramadhan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis telah membuat persiapan awal dalam memastikan program dapat dijalankan dengan lancar.
Disediakan oleh:- Norraziah Yaakub, PBSD Lipis
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 211
