RAUB, 4 April – Selaras memasuki fasa endemik, setiap tugas yang digalas harus seimbang mengikut arahan pihak atasan dan keadaan semasa. Mesyuarat Pengurusan PBSD Raub Bilangan 1 Tahun 2022 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub pada 23 Mac 2022 yang lalu. Kehadiran adalah Encik Mohd Zohri Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub, Puan Masyitah Fadhilah Rosdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Encik Ku Zamri Ku Yusoff, Pembantu Belia dan Sukan S22, Encik Mohd Syahid Lachahok Aris, Penolong Jurutera, Encik ShamsulBahari Hj. Abdul Malek, Pembantu Belia dan Sukan S22 (KUP) serta Encik Mohamad Asyraf Mohd.Yusof, Pembantu Awam H11. Beberapa isu dan perkara telah dibincangkan antaranya pelupusan aset, program terdekat serta isu-isu berkaitan Kompleks Rakan Muda (KRM) Raub. Selain daripada itu, Pengerusi turut menekankan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan antaranya pengurusan fail, kursus serta pengurusan program-program yang bakal diterima.
Disediakan oleh:- Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali>, PBSD Raub
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 160
