KUANTAN, 7 April – Beberapa orang warga kerja Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah terlibat sebagai peserta di dalam penganjuran Klinik Asas Pemanduan Pacuan 4 Roda (4x4) Peringkat Daerah Kuantan pada 27 Mac 2022 yang lalu. Minat, kesungguhan dan komitmen warga kerja ini sangat dihargai dan antara faktor yang menyebabkan pemilihan mereka menyertai kursus ini. Pelbagai cabaran dan halangan diredah daripada detik mula sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju iaitu Sungai Jin. Para peserta telah mengambil peluang mempelajari cara mengenal dan menggunakan peralatan 4x4. Demonstrasi turut diadakan untuk memberikan pemahaman yang lebih kepada para peserta. Di kalangan 30 peserta yang mengikuti kursus ini terdapat tujuh orang peserta wanita yang mencuri tumpuan menyertai kursus lasak ini. Tahniah kepada yang telah berjaya dalam kursus ini, semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat dipraktikkan kelak.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 183
