KUANTAN, 11 April – YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dengan jayanya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dalam Program Memperkasa Pertubuhan Belia Daerah Kuantan. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuantan dan Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) itu telah diadakan bermula jam 2.00 petang bertempat di Grand Seraya Ballroom, Hotel Megaview, Kuantan. Seramai 130 orang pemimpin-pemimpin kanan persatuan belia di daerah Kuantan yang terdiri daripada Pengerusi dan Presiden persatuan, setiausaha, dan juga bendahari persatuan telah menghadirkan diri dalam program yang gemilang itu. Antara pertubuhan yang terlibat termasuklah beberapa pertubuhan belia tunggal, pertubuhan belia bercawangan, gabungan dan juga Majlis Belia Daerah Kuantan. Turut hadir dalam program adalah Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia, Puan Basyirah Zulkifli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuantan, Encik Mohd Zulhilmi Abd Manan, Setiausaha Sulit Kanan Pejabat YB Menteri, Encik Ahmad Zulhairi Azhari, Pengerusi Ikatan Pelajar Islam Pahang, dan Encik Zharif A. Rahim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan.
Disediakan oleh:- Haji Osman Haji W.Bukhari, PBSD Kuantan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 190
