TEMERLOH, 1 Mac – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh yang di wakili oleh Encik Azmey Azaini, Pembantu Belia dan Sukan ( Unit Sukan ) telah menyantuni Persatuan Taekwando ITF Temerloh. Perjumpaan pada 18 Februari 2022 yang lalu berlangsung dalam suasana yang santai bersama Master Yeow Chee Chern, Pengerusi Persatuan Taekwando Daerah Temerloh adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan pindaan Perlembagaan Persatuan tersebut untuk mengurangkan jumlah AJK di dalam perlembagaan persatuan serta beberapa perkara lain yang berkaitan. Harapan PBSD Temerloh adalah dapat membantu sehabis baik persatuan dan kelab yang ditubuhkan di daerah Temerloh dari segi dokumentasi dan pengurusan. Melalui perjumpaan ini ianya dapat mengurangkan kemelut dan memastikan persatuan terus berdaya saing khususnya dalam menerapkan budaya berpersatuan di kalangan belia-belia masa kini.
Disediakan oleh:- Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 306
