BENTONG, 22 Februari – Encik Shafrul Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong pada petang tadi bagi menjalankan pemeriksaan aset untuk tujuan pelupusan melibatkan dua unit mesin fotostat. Mesin fotostat tersebut telah mendapat Pengesahan Perakuan Pelupusan (PEP) dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang yang mendapati mesin fotostat itu telah berusia 9 dan 13 tahun dan kegunaannya telah mencapai had maksimum, rosak dan tidak diperlukan lagi serta kos pembaikan semula memerlukan modal yang tinggi. Sepanjang kerja-kerja pemeriksaan dijalankan, Puan Zurina Liza Mohamad, Pembantu Tadbir PBSD Bentong telah membantu dalam menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan. Turut serta ialah Encik Mohd Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong.
Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong
Disunting oleh:- Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 267
