KUANTAN, 23 Februari – Encik Mu’azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bersama Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah MSN dan Dato’ Michael Wong Mong San, Presiden Persatuan Kanu Malaysia telah meluangkan masa melawat Jeram Besu, Raub seusai Majlis Perasmian Pembukaan Pusat Latihan Baru Akademi Tunas (AT) di Kompleks Rakan Muda (KRM) Daerah Raub. Lawatan dijalankan bagi menilai kesesuaian tempat ini untuk dijalankan aktiviti kanu khususnya bagi negeri Pahang. Jeram Besu adalah merupakan tempat rekreasi bagi sukan lasak seperti berkayak, berkanu dan berakit. Penggiat-penggiat sukan rekreasi pasti akan teruja dan tertarik dengan tempat ini yang menawarkan panorama yang menarik dan cabaran arus derasnya. Semoga pada tahun ini aktiviti rekreasi akan lebih rancak dijalankan seiring dengan fasa ‘endemik’ bagi Covid-19.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 276
