PEKAN, 16 Februari – Encik Abdullah Sani Osman, Setiausaha Penaja Persatuan Takraw Daerah Pekan hadir kunjung hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan. Perjumpaan ini sebagai pengenalan dan ramah mesra serta berkongsi pandangan bagi merancang program pembangunan sukan sepak takraw dalam daerah Pekan. Kehadiran beliau telah disambut oleh Puan Rozita Barudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan bersama Encik Faizal Bakar, Unit Pembangunan Sukan PBSD Pekan. Pembangunan sukan sepak takraw perlu dipergiatkan bagi mengasah bakat dan potensi pelapis muda agar dapat digilap ke peringkat yang lebih tinggi.
Disediakan oleh:- Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 205
