KUANTAN, 14 Februari – Pemantauan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah dijalankan sempena penganjuran Program 2 Jam Tanpa Henti SAIEF ‘Aerodance Workout’ secara kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang pada 5 Februari 2022 yang lalu. Pihak penganjur telah mengambil inisiatif yang amat baik dalam usaha berjaga-jaga mengawal penularan Covid-19 dengan mematuhi pandangan yang diberikan dan berusaha memastikan setiap peserta peka dengan kaedah-kaedah pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi sepanjang program. Pihak penganjur telah menyediakan segala keperluan berkaitan perkara tersebut termasuklah penyediaan alat pengimbas suhu, ‘qr code’ program, memasang petunjuk-petunjuk SOP dan mengawal pergerakan peserta dengan baik. Peserta telah menghabiskan cabaran 2 jam tanpa henti dengan berada di dalam petak masing-masing yang telah ditandakan oleh pihak penganjur. Sepanjang program berlangsung, peserta telah memberikan kerjasama yang baik dalam pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi.
Disediakan oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 260
