BENTONG, 14 Februari – Unit Komunikasi dan Multimedia (UcOM) Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan UcOM JBS Pahang pada 9 Februari 2022 yang lalu secara atas talian menggunakan platform ‘Google Meet’ dan telah melibatkan Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta Pelapor Portal peringkat negeri dan daerah. Encik Mohammad Badri Dainial, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong hadir bersama Encik Azhari Razlli selaku Pelapor Portal Daerah Bentong ke mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Encik Mu'azamir Haji Jili, Pengarah JBS Pahang. Pengarah menekankan kepentingan penggunaan media sosial pada masa kini sebagai medium penyaluran maklumat dan perkongsian program/aktiviti kepada masyarakat. Pada tahun 2021 PBSD Bentong merekodkan jumlah berita sebanyak 26 berita. Pada tahun ini pula PBSD Bentong beriltizam menambah kuantiti dan meningkatkan lagi kualiti berita portal dari semasa ke semasa.
Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong
Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 256
