ROMPIN, 26 Januari – Satu Lawatan Tapak di Tebu Hitam, Kuala Rompin, Pahang untuk Projek Membina Litar Lumba Sukan Permotoran (Drag) Negeri Pahang telah dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Wakil Pejabat EXCO, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dan turut hadir Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin pada 20 Januari yang lalu.Tujuan pembinaan projek tersebut ialah menarik minat belia-belia dalam sukan permotoran dan mengetengahkan lagi bakat belia- belia dalam bidang sukan permotoran. Disediakan oleh:- Nor Amira Amalina Che Ibrahim,PBSD Rompin. Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 313
