ROMPIN, 24 Januari – Mesyuarat Pengurusan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin telah diadakan pada 17 Januari yang lalu. Mesyuarat yang telah bermula jam 3.00 petang dipengerusikan oleh Puan Norsuzila Ernie Zinudin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin dan telah dihadiri oleh semua warga PBSD Rompin seramai empat orang. Perbincangan mengenai hal pentadbiran, aset dan perancangan program tahun 2022 telah diadakan bagi memastikan setiap urusan kerja dijalankan dengan penuh intergriti dan membawa manfaat kepada komuniti setempat khususnya. Puan Norsuzila Ernie turut memberikan pandangan dan semangat kepada semua warga PBSD Rompin agar sentiasa melakukan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan bekerjasama tanpa mengira unit masing-masing. Amanat daripada Encik Mu’azamir Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang turut disampaikan oleh beliau dalam mesyuarat tersebut. Semoga tahun ini memberi lebih kebaikan dan keberkatan dalam setiap urusan kerja seharian warga PBSD Rompin. Disediakan oleh:-Nor Amira Amalina Che IbrahimPBSD Rompin. Disunting oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 276
