TEMERLOH, 29 Disember – Lawatan mengejut Encik Mu'azamir Haji Jili, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh. Tujuannya adalah untuk melihat sendiri perjalanan pentadbiran di PBSD Temerloh supaya sentiasa sistematik dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. PBSD Temerloh sangat berbesar hati dengan lawatan beliau dan mengucapkan ribuan terima kasih atas nasihat dan amanat yang diberikan bagi memastikan pentadbiran sentiasa dalam keadaan yang baik.Disediakan oleh:-Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh Disunting oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 220
