ROMPIN, 3 Disember – Aktiviti menanam 60 pokok di persisiran Pantai Rantau Panjang, Rompin sempena Program Kerjasama Sosial Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada petang Jumaat yang lalu. Aktiviti yang telah dirasmikan oleh Datuk Mohammad Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini turut disertai oleh Jabatan Perhutanan Rompin, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Rompin, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Rompin, Majlis Belia Daerah (MBD) Rompin dan Kelab Belia Raja Laut Rantau Panjang. Aktiviti ini telah tamat sekitar jam 5.30 petang. Turut diselitkan sumbangan kepada anak-anak yatim Nur Iman, Rompin. Semoga dengan aktiviti sebegini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta menjadi amalan untuk meneruskan usaha menghijaukan bumi. Disediakan oleh:-Nor Amira Amalina Che Ibrahim, PBSD Rompin Disunting oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 386
