PEKAN, 29 Disember - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan dengan kerjasama Majlis Daerah Pekan, Persatuan Lawn Bowls Negeri Pahang dan Majlis Belia Daerah (MBD) Pekan telah menganjurkan Program Rakan Muda Day Out (RMDO) Cinta Alam Daerah Pekan sempena Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) 2021. Program tersebut telah diadakan pada 5 Disember yang lalu di Pantai Lagenda Air Leleh, Pekan bermula jam 8.00 pagi. Seramai 43 orang peserta mengambil bahagian bersama-sama membersihkan persisiran Pantai Lagenda tersebut. Turut sama menyertai program ialah kakitangan Majlis Daerah Pekan, kakitangan syarikat konsesi Alam Flora, AJK & Badan Gabungan Majlis Belia Daerah (MBD) Pekan, Ahli-ahli JPKK Kg. Beruas, Sukarelawan MyVac. Program juga menerima kehadiran Pegawai Pemantau Program iaitu Puan Siti Hassiah Hussin. Program diakhiri dengan acara cabutan bertuah perkakasan kelengkapan rumah dan Gerakan Belia 4B Kawasan Pekan turut menyumbangkan hadiah wang tunai sebanyak RM100.00 kepada peserta paling bertuah yang telah dimenangi oleh wakil Majlis Daerah Pekan. Disediakan oleh:-Salmiyah Mohamed, PBSD Pekan Disunting oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 275
