TEMERLOH, 29 November – Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke- 15 bagi Persatuan Belia Kampung Batu 4&5 telah diadakan bertempat di Balai Belia, Kampung Batu 4, Jalan Maran, Temerloh pada jam 4.00 petang, 21 November yang lalu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh saudara Anuar Abu Hassan selaku Pengerusi. Mesyuarat ini dijalankan bertujuan sebagai platform perjumpaan tahunan di kalangan ahli-ahli persatuan untuk membicangkan dan membentangkan Laporan Tahunan Persatuan mereka. Selain itu, mesyuarat kali ini juga adalah bertujuan untuk menggubal pelantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2021 hingga 2023 akan datang. Mesyuarat diakhiri dengan sesi cabutan bertuah yang telah disampaikan oleh Encik Naseef Saim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Disediakan oleh:-Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh Disunting oleh:-Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 352
