BENTONG, 14 Januari – Pada 18 Disember yang lalu, daerah Bentong berdepan musibah banjir yang menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air dan menyebabkan kerosakan fizikal dan harta benda. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong telah menggerakkan Program Pasca Banjir KBS dengan kerjasama Majlis Belia Daerah (MBD) Bentong bagi membantu kerja-kerja pembersihan di beberapa lokaliti yang terjejas dengan musibah ini. Seramai kira-kira 200 orang sukarelawan terlibat sepanjang program tersebut yang telah dijalankan di Perumahan Sungai Marong, Taman Harmoni, Taman Seroja, SMK Bentong, Kampung Chegar Medang, Taman Karak Indah, Taman Wijaya, Kampung Karak Setia dan Taman PRIMA Karak. Semoga mereka yang terkesan dengan musibah banjir ini terus tabah, sabar dan dipermudahkan segala urusan kelak untuk bangkit kembali seperti sedia kala. Disediakan oleh:- Azhari Razlli, PBSD Bentong. Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 270
