TEMERLOH, 26 Januari – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Temerloh telah mengadakan Sesi Audit Aset Dalaman PBSD Temerloh yang melibatkan semua kakitangan pejabat. Audit Aset ini adalah cadangan urusetia aset jabatan yang bertujuan membolehkan semua pegawai dan kakitangan mengambil maklum keadaan terkini, kedudukan dan keadaan aset di pejabat. Selain itu, ia juga bagi mengelakkan kebergantungan kepada pembantu tadbir (PT) aset jika PT bertukar atau bercuti kecemasan. Dengan terlaksananya Audit Aset Dalaman PBSD Temerloh ini Encik Azmi Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh berharap tidak akan timbul isu-isu berbangkit jika adanya pemeriksaan aset di masa akan dating bagi memantapkan lagi pengurusan PBSD Temerloh. Disediakan oleh:- Siti Sabariah Che Ariffin, PBSD Temerloh. Disunting oleh:- Nor Dalilah Haji Mohamad Tajuddin & Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 265
