Kuantan, 5 OGOS 2020 – Satu sesi Pra-Penyerahan bagi Projek Naik Taraf Kompleks Pembangunan dan Sukan Daerah Jerantut dari wakil Kontraktor Pembinaan Kalisiew Sdn. Bhd. kepada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah diadakan pada 4 Ogos 2020. Majlis yang diwakili oleh Tuan Haji Sidi Lateh, Timbalan Pengarah JBS Negeri Pahang ini diadakan di Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan Daerah Jerantut. Turut hadir bersama semasa majlis tersebut ialah Encik Najhan bin Mohamed, Pegawai Pembangunan II serta Encik Mohamad bin Md Rashid, Pegawai Pembangunan III, Unit Pembangunan. Lawatan pemeriksaan tapak juga turut diadakan setelah selesai majlis tersebut. Sesi penyerahan telah bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang. Semoga dengan fasiliti dan kemudahan yang dinaik taraf ini dapat memberi keselesaan kepada semua pengguna di Daerah Jerantut khususnya.
Disediakan oleh: Mariana Afzan Mohamed Yusof, Unit Pembangunan JBS Pahang
Disunting & Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin & Nik Nor Syahirah binti Nik Harun, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 922
