PEKAN, 7 JULAI 2020 – Pada 28 Jun 2020 (Ahad) yang lepas bertempat di Pusat Latihan Chini Pekan telah diadakan satu program Perjumpaan YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama persatuan-persatuan belia bagi membincangkan cadangan dan pandangan golongan belia dalam bersama membantu kerajaan ke arah pembangunan belia setempat. Program seumpama ini juga dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dengan golongan belia di peringkat akar umbi. Kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal sangat mendapat tempat di hati belia dengan sambutan kehadiran belia mengatasi jangkaan. Kepimpinan negara mengakui bahawa golongan belia adalah aset utama yang bakal mewarisi kepimpinan negara seharusnya suara mereka diperkasakan.
Disediakan oleh:-
Salmiyah Binti Mohamed
Pbsd Pekan
Disemak oleh:
Pentadbir Portal
JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 592
