Raub, 3 OGOS 2020 – Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan pada 23 Julai 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat PBSD Raub. Kehadiran Encik Mohd Zohri Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub juga selaku pengerusi Mesyuarat pengurusan tersebut telah membincangkan beberapa isu. Antaranya adalah berkaitan lawatan dan amanat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, pelupusan aset, kerja-kerja naiktaraf serta baik pulih yang sedang dijalankan dan aspek-aspek kebersihan dan kawalan keselamatan. Selain daripada itu, antara yang diberi penekanan adalah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan antaranya pengurusan fail, kursus wajib tujuh (7) hari serta pengurusan program-program yang telah diterima untuk dilaksanakan sepanjang tahun semasa. Turut hadir, Puan Masyitah Fadhilah Rosdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Encik Ku Zamri Ku Yusoff, Pembantu Belia dan Sukan, Encik Mohd Syahid Lachahok Aris, Penolong Jurutera, Encik Shamsul Bahari Haji Abdul Malek, Pembantu Belia dan Sukan Pembantu Tadbir, Puan Rohayah Mohamed Angsor dan Encik Roslan Hashim serta Encik Mohamad Asyraf Mohd Yusof, Pembantu Awam. Moga PBSD Raub berjaya dalam merealisasikan perancangan bagi tahun 2020!
Disediakan oleh: Shamsulbahri Abd. Malek@Ghazali, PBSD Raub
Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 599
