KUANTAN, 13 JULAI 2020 – Dalam memastikan ekonomi dan kadar KDNK negara berkembang semula, satu mekasnisma telah diperkenalkan dan diluluskan oleh YAB Perdana Menteri melalui Pakej Ransangan Ekonomi (PRE’20) yang melibatkan beberapa sektor antaranya sukan dan rekreasi. Melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, pakej tersebut disalurkan bagi memastikan kelancaran dan objektif kementerian dapat dicapai dengan menaiktaraf dan baikpulih kemudahan-kemudahan sukan dan pembinaan semula kompleks-kompleks sukan. Hasil daripada perbincangan diperingkat atasan, Negeri Pahang telah mendapat sebahagian daripada kerja-kerja naiktaraf tersebut dan antaranya adalah Baikpulih Gelanggang Futsal di kawasan Lepar Utara 2, Kuantan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Encik Abdul Rahim bin Muda turut hadir sama dalam sesi pemantuan yang telah dijalankan oleh Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang di kawasan tersebut bagi memastikan prosedur SOP dipatuhi serta mengikut jadual. Diharap dengan baikpulih dan naiktaraf yang dijalankan oleh pihak kementerian dan jabatan dapat membantu melahirkan generasi yang lebih proaktif di masa akan datang.
Disediakan oleh:
Mariana Afzan binti Mohamed Yusof
Unit Pembangunan
Disemak oleh:
Pentadbir Portal
JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 752
