KUANTAN, 9 MAC 2020 – Pasukan bola sepak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBSNP) telah terlibat menyertai Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota Kerajaan (MAKSAK) di Padang MPK pada 22 hingga 23 Februari yang lalu. Komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh para pemain sangat cemerlang dalam memastikan pasukan beroleh kemenangan. Antara pasukan yang menjadi tentangan pasukan JBSNP termasuklah pasukan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis dan RELA. Walaupun tidak berjaya tampil ke perlawanan akhir namun setiap pemain telah memberikan yang terbaik. Semoga penyertaan ini menjadi tanda aras kepada perlawanan-perlawanan seterusnya. Syabas dan tahniah!
Disediakan oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin (Portal JBS Pahang)
- JBS Pahang
- Hits: 531
