
JERANTUT, 27 FEBRUARI 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jerantut memulakan langkah pertama dalam pelaksanaan program tahun 2020 dengan mengadakan perbincangan pada hari Khamis yang lalu di bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut, Encik Wan Jaimi bin Wan Mustaffa. Beliau turut mempengerusikan perbincangan yang telah diadakan. Turut serta hadir dalam perbincangan ini ialah Instruktor Aerobik dari Fit n Dance Group , Puan Norsafawati Saat. Perbincangan pada kali ini lebih tertumpu kepada Program Fit Malaysia @ Community dan juga Program Rakan Muda Aktif yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Diharapkan dengan sesi perbincangan ini, pelaksanaan program PBSD Jerantut dapat berjalan dengan baik sepertimana yang telah dirancang.
Disediakan oleh:-
Rihan Bidin
PBSD Jerantut
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 532








