
PEKAN, 18 FEBRUARI 2020- Bertempat di Komplek Rakan Muda Sukan Air Rompin, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pahang mengadakan taklimat ringkas mengenai Sistem e-Perolehan bagi permohonan nota. Taklimat ini telah diketuai Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Cik Nik Norsyahirah Nik Harun bersama Unit Kewangan JBSN Pahang. Semua warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah hadir mengikuti taklimat tersebut. Sistem e-Perolehan ini sangat membantu dalam ketelusan dan kepantasan pengurusan perbelanjaan kewangan kerajaan. Adalah diharapkan dengan taklimat ini warga PBSD Pekan akan mendapat kefahaman yang lebih supaya ianya dapat membantu semasa menjalankan tugas-tugas berkaitan kewangan kelak.
Disediakan oleh:-
Salmiyah Mohamed
PBSD Pekan
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 561


