BERA, 7 FEBRUARI 2020 – Pejabat Penerangan Daerah Bera telah mengadakan sesi penerangan dasar-dasar baharu dan edaran risalah kepada warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bera bertempat di Perkarangan PBSD Bera. Sesi penerangan ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan Daerah Bera, Puan Irma Diana Daud dan pembantunya Encik Muhd Fitri Halim Abdullah. Antara intipati penerangan ini berkisar tentang makluman kepada wabak ‘Novel Corona Virus’, pengurangan tol dan bantuan ‘e-wallet’. Turut hadir ke sesi penerangan ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bera, Encik Mohamad Rozaiham Abd. Rahman dan semua warga PBSD Bera. Semoga dengan sesi penerangan seperti ini dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas dengan situasi semasa negara kita.Terima kasih khasnya kepada Pejabat Penerangan Daerah Bera yang telah mengambil inisiatif terbaik dalam menyebarkan maklumat-maklumat terkini.
Disediakan oleh:-
Nur Amalina Mat Hussin
PBSD Bera
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 570
