PEKAN, 19 FEBRUARI 2020 - Pertubuhan Puspanita Cawangan Pekan mula mengorak langkah dalam merancangan program tahunan bagi penganjuran aktiviti yang melibatkan keahlian bersama penglibatan masyarakat setempat. Satu mesyuarat jawatankuasa telah diadakan bertempat di RTC Pekan bermula jam 2.00 petang, Isnin yang lalu. Jawatankuasa yang dilantik pada kali ini juga terdiri dikalangan warga Jabatan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri Pahang. Pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan juga turut hadir bersama. Pada tahun ini, beberapa program yang bakal dilaksanakan akan diadakan di perkampungan tradisional bagi mengeratkan lagi ahli dengan masyarakat dan penduduk kampung bagi mendapat manfaat dalam setiap usaha pembangunan masyarakat yang dilaksanakan. Semoga segala perancangan yang diatur dapat direalisasikan sebaiknya.
Disediakan oleh:-
Salmiyah Mohamed
PBSD Pekan
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 478


