BENTONG, 19 FEBRUARI 2020 - Warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bentong telah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan pejabat semalam. Aktiviti gotong-royong dijalankan bermula pada jam 3.00 petang. Antaranya ialah kerja-kerja memotong rumput sekitar pejabat yang biasanya dilakukan sebulan sekali bagi memastikan keadaan sekeliling bersih dan menceriakan kawasan pejabat. Memandangkan PBSD Bentong merupakan tumpuan orang ramai melakukan aktiviti sukan, pastinya keadaan persekitaran perlu dijaga bagi mengelakkan pembiakan serangga atau haiwan berbisa. Di persekitaran PBSD Bentong terdapat kemudahan sukan seperti gelanggang bola jaring, futsal, sepak takraw , bola tampar dan juga aktiviti senamrobik.
Disediakan oleh:-
Norulpayanti Kamar@ Kamaruddin
PBSD Bentong
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
Disunting dan Disemak:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 490


