JERANTUT, 9 MAC 2020 – Satu Mesyuarat Tapak Projek Menaiktaraf Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan Daerah Jerantut telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan Daerah Jerantut pada hari Sabtu yang lalu. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut, Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa telah hadir ke mesyuarat berkenaan bersama Cik Rihan Bidin dan Puan Aini Nadirah Saadun. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk pembentangan laporan status terkini kemajuan kerja yang dilakukan dan perbincangan isu-isu berkaitan kerja menaiktaraf projek berkenaan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan, Encik Norazli Indzam.
Disediakan oleh: Rihan Bidin (PBSD Jerantut)
Disunting dan Disemak oleh: Nor Dalilah Mohamad Tajuddin , Pentadbir Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 573
