
PEKAN, 2 MAC 2020 - Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan telah diadakan satu perbincangan antara Encik Joharifudin Jalil wakil dari Pertubuhan International Association Of Education For World Peace, bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan, Encik Mohd Izuddin Ilias serta pegawai-pegawai bagi melaksanakan program 5km ‘Fun Walk For Peace’ Peringkat Antarabangsa yang akan dilaksanakan pada 11 April 2020 di Padang Majlis Daerah Pekan. Program ini bertujuan bagi menyokong keamanan dunia Sempena Hari Antarabangsa Keamanan Pertubuhan Bangsa Bersatu. Selain itu juga ianya memupuk dan menggalakkan semua lapisan bangsa dan agama untuk mencipta keharmonian serta saling menghormati antara satu sama lain bagi mengekalkan keamanan dan perpaduan negara.
Disediakan oleh:-
Salmiyah Mohamed
PBSD Pekan
Disunting oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Portal JBS Pahang
- JBS Pahang
- Hits: 615








